Hargai Masa

Home » Nukilan Kreatif » Puisi Khas » Hargai Masa

Oleh Pena Mutiara

Cintai masa semasa belajar,

baru cita-cita dapat dikejar.

Manfaatkan masa ketika bekerja,

nanti berkat duit belanja.

Hargai masa semasa sihat,

sebelum sakit hendaklah ingat.

Manfaatkan masa sebelum susah, 

banyakkan usaha dan amalan ibadah.

Hargai masa ketika senang,

gigih bekerja pagi petang.

***

(Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Januari 2016)

Hantar Maklum Balas