Kertas Putih

Home » Nukilan Kreatif » Puisi Khas » Kertas Putih

Oleh Azril Yusof

Tika mata pena itu mula rapuh,

sutera dewangga mula bercorak,

simbahan dusta mula tempias.

Pena bulat,

pena runcing.

 Tika kesungguhan dicantas dipintas,

kadang kekhusyukan ditampar disergah,

lalu ketabahan dinodai dipersendakan,

namun jiwa tetap utuh menyalut raga.

***

(Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Januari 2016)

Hantar Maklum Balas