Duri Kehidupan

Home » Nukilan Kreatif » Puisi Siswa » Duri Kehidupan

Oleh Nursuhada Md. Arifin

Berjalan seorang hamba

menyelak tirai kehidupan

penuh dengan tanda tanya

kaku seketika apabila diuji

memikir makna di sebalik jeriji hayat

tatkala ingin melepaskan bebanan

dia diuji lagi

***

(Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Januari 2016)

Hantar Maklum Balas