Lelaki Syurga di Kanta Mata

Home » Nukilan Kreatif » Puisi Siswa » Lelaki Syurga di Kanta Mata

(memori buat Allahyarham Pak Cik Tahir)

Oleh Muzaf Ahmad

7:30 pagi yang masih menguap

buku-buku lena dalam beg galas

baju kurung kemeja tali leher

kaki melangkah dari lif dan tangga

yakin berdegup di dalam dada

sebuah bas tersergam di kanta mata

seorang pemandu

seorang ayah

seorang sahabat

seorang guru

seorang penghibur

dia setia seorang lelaki

menyambut kami saban pagi

seperti celik kelopak matahari.

***

(Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Januari 2016)

Hantar Maklum Balas