MALAM KUDA KEPANG

Home » Nukilan Kreatif » Cerpen daripada Siswa » MALAM KUDA KEPANG

Oleh Adnie Bahiah

“MALAM ini majlis keramaian di padang terbuka Kampung Parit Sepat.” Engkau hanya tersenyum memandang skrin telefon. Mesej itu yang dihantar beberapa minit lalu lantas engkau padam daripada terus menyerabutkan ruang simpanan ¬†mesej telefon.

Yang pasti, malam ini merupakan peluang untuk engkau menambahkan wang saku. Undangan daripada Mat Saman memang selalu engkau penuhi. Mat Saman memang terkenal sebagai danyang dalam permainan kuda kepang. Oleh sebab itu, engkau tidak pernah menolak jemputan Mat Saman untuk menjadi “tuk bomoh” dalam permainan kuda kepang.

Kuda kepang, dan biarlah kuda kepang menjadi sumber rezeki untuk engkau mencari sesuap rezeki halal di samping menawarkan perubatan tradisional kepada orang yang masih percaya kepada perubatan tradisional. Memang tugas sebagai tuk bomoh sangat mencabar pada zaman ini. Banyak perubatan moden dan canggih yang mampu menutup sebahagian pintu rezeki engkau.

Engkau bomoh di kawasan Parit Sepat, iaitu salah sebuah kampung di daerah Pontian, Johor. Masih bujang walaupun banyak yang sedia maklum bahawa pada tahun ini, umur engkau akan berganjak ke angka 50. Engkau memang banyak pengalaman, terutama perihal menjampi orang.

Namun begitu, meraih rezeki dalam permainan kuda kepang memberi engkau pendapatan yang lumayan. Lebih kurang sama juga dengan merawat pesakit biasa, tetapi merawat penari kuda kepang memang memberi engkau pengalaman yang luar biasa.

***
(Rencana dipetik daripada majalah Dewan Siswa Mac 2016)

Hantar Maklum Balas