Seteguh Kasihmu

Home » Nukilan Kreatif » Cerpen daripada Siswa » Seteguh Kasihmu

Oleh Ummi Nabilah Mat Adam

BEG sekolah dicampak kasar di atas lantai kamar tidur. Wajahnya masam mencuka dengan bibir memuncung. Nafasnya naik turun kerana emosi tidak stabil. Bibirnya yang dipakai pelembap bibir diketap geram. Pintu bilik yang dikunci dipandang sepi. Lantas, Elyana berbaring di atas katil. Pintu bilik diketuk dari luar.

“Elyana, buka pintu. Elyanan …” suara kakaknya, Erisya, menerjah ke halwa pendengaran telinga.

Elyana serabut. Ketukan bertalu-talu membuatkan telinga berasa bingit. Dia mendengus kasar. Apakah lagi yang dimahukan oleh kakaknya? Dia bangkit dari katil lalu membuka pintu bilik dengan kasarnya.

“Kakak nak apa lagi?” Nada mendatar suara Elyana bersuara.

“Kita masih belum habis bincang, Elyana …” Lengan Elyana cuba dipegang oleh Erisya.

Pantas Elyana menepis, tidak suka perlakuan kakaknya. Wajah Erisya berubah terkejut melihat sikap adiknya yang berusia 16 tahun. Gadis sunti itu semakin pandai memberontak. Elyana cuba menyentuh lengan Erisya, tetapi ditengking oleh Elyana.

“Boleh tak kalau kakak jangan sentuh saya? Kakak¬†nak apa? Tidak cukup lagikah?” Elyana meninggikan suara, benar-benar rimas dengan kemunculan Erisya sejak tiga hari lalu.

“Sejak bila kamu kurang ajar, Elyana? Ini kakak kandung kamu. Hei…” belum sempat Erisya mahu meneruskan bicara, muncul Pak Jamil menyampuk.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Sept 2016)

Hantar Maklum Balas