Kemahiran Mengurus Emosi

Home » Fokus » Kemahiran Mengurus Emosi

Oleh   Ahmad Badrul Sani Baharudin

 Tahukah anda, sebanyak 60 kes bunuh diri dilaporkan setiap bulan secara purata di Malaysia? Kenyataan ini ialah fakta daripada Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia. Tahukah anda, lebih 350 juta orang menderita dengan masalah kemurungan di seluruh dunia? Perkara ini juga ialah fakta daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tahukah anda, golongan belia yang berumur 16 hingga 25 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk membunuh diri? Perkhabaran ini juga ialah fakta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

          Persoalannya, apakah pendorong utama yang mencetuskan polemik ini? Apakah punca dan di manakah silapnya? Jawapannya ialah kemahiran mengurus emosi. Sama ada kita sedar atau tidak, kekuatan menguasai emosi ialah faktor pertama dan utama yang mencorakkan kejayaan seseorang individu. Ya, emosi memainkan peranan 80 peratus untuk mencipta kejayaan dalam hidup manusia, manakala 20 peratus lagi bergantung pada kapasiti intelek. Walaupun kedengaran agak tidak adil dan seolah-olah merendahkan keupayaan mental seseorang, inilah perkara pokok yang mesti diambil berat untuk seseorang individu itu berjaya.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Oktober 2017)

Hantar Maklum Balas