Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara

Home » Fokus » Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara

Oleh Muhammad Helmi Ibrahim

Remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan disandarkan pada bahu mereka agar mereka berupaya untuk menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun demikian, akhir-akhir ini, pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan terhadap pelbagai gejala sosial yang melanda remaja sehingga meruntuhkan akhlak dan akidah anak remaja kita.

Tanpa kita sedari, perkembangan gejala sosial ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Setiap hari kita disogokkan dan dipaparkan dengan pelbagai cerita mengenai salah laku yang dilakukan oleh remaja, baik yang melibatkan salah laku yang kecil mahupun yang besar. Hal ini sekali gus menggambarkan betapa seriusnya situasi ini.

Pada bulan September yang lalu, kita dikejutkan dengan kejadian pembakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 jiwa. Yang amat sedihnya, kejadian tersebut dilakukan oleh golongan remaja berusia 11 hingga 18 tahun, yang pada peringkat umur sedemikian mereka sepatutnya berada di bangku persekolahan untuk menuntut ilmu. Dapat dilihat betapa masalah sosial yang berlaku di negara kita hari ini amat membimbangkan sehingga pada peringkat umur sebegini, mereka sanggup melakukan jenayah yang begitu berat yang melibatkan kehilangan nyawa.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa November 2017)

 

Hantar Maklum Balas