GEJALA BULI: DI MANAKAH KESUDAHANNYA?

Home » Fokus » GEJALA BULI: DI MANAKAH KESUDAHANNYA?

Oleh Amirah Abd Rahman

Sejak belakangan ini, kes buli di negara kita kian menjadi-jadi, seperti wabak denggi yang tidak dapat dibendung. Pelbagai formula digunakan untuk menanganinya. Boleh dikatakan bahawa setiap minggu ada sahaja paparan baharu yang akan ditular melalui telefon pintar atau web, seperti YouTube. Gejala ini ibarat kata pepatah, mencurah air di daun keladi, kerana sehingga kini perilaku ini kian sukar diatasi permasalahannya.

Menurut laporan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan, dari tahun 2012 hingga 2015, dicatatkan lebih daripada 14 ribu kes buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Pecahannya mengikut tahun ialah 4159 kes (2012), 4120 kes (2013), 2825 kes (2014), dan 2968 kes (2015). Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari, iaitu 250 kes dilaporkan pada tahun 2012, 389 kes (2013), 291 kes (2014), 256 kes (2015) dan 338 kes (2016).

Hal ini menunjukkan bahawa akibat daripada perubahan masa dan kepesatan kemajuan teknologi, skop pembulian tidak hanya berlaku dalam bentuk fizikal di tempat seperti sekolah, asrama, universiti, atau tandas, malah telah meluas sehingga alam maya. Situasi ini menampakkan bahawa masalah ini kian membesar keseriusannya untuk diatasi.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 3 2018)

 

Hantar Maklum Balas