USAH KOMPROMI GEJALA BULI

Home » Fokus » USAH KOMPROMI GEJALA BULI

Oleh Mohamad Farkhan Kamarolzaman

Penggal persekolahan tahun 2018 bermula pada bulan Januari yang lalu. Sudah semestinya para pelajar bersemangat untuk memulakan jendela pembelajaran dengan azam dan niat yang baharu. Hal ini turut dirasai oleh para guru yang sentiasa bersedia dan berdedikasi untuk mendidik anak bangsa tercinta. Sudah tentunya pada tahun ini, diharapkan terdapat banyak penambahbaikan dalam sektor pendidikan dan gejala buruk yang berlaku pada tahun-tahun terdahulu tidak berulang.

Namun begitu, masalah buli yang sering kali dikaitkan dengan alam persekolahan, tidak kira sekolah rendah atau menengah, pastinya merisaukan pelbagai pihak dan sering menghantui setiap pelajar dan guru. Masalah ini seolah-olah telah menjadi budaya di sekolah – pelajar senior membuli pelajar junior dan pelajar bertubuh besar memukul pelajar berbadan kecil – sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan kemurungan. Dalam hal ini, mangsa buli pastinya memendam rasa tidak puas hati, sekali gus melakukan perbuatan yang sama kepada orang lain pada masa hadapan. Yang menakutkannya apabila sesetengah kes buli menyebabkan mangsa membunuh diri atau dibuli sehingga terbunuh.

Apabila memperkatakan gejala buli, ada baiknya kita mengetahui definisi buli itu terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Buli juga membawa maksud mempermainkan orang lemah dengan tujuan untuk menggertaknya atau menakutkannya, selain dilakukan secara berulang kali.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil.3 2018)

Hantar Maklum Balas