RAHSIA DAN PETUA SEMANGAT BELAJAR

Home » Jati Diri » Remaja Cemerlang » RAHSIA DAN PETUA SEMANGAT BELAJAR

Oleh Aminudin Mansor

PEMBELAJARAN mempunyai rahsia untuk terus bersemangat. Jika hanya rajin tetapi tiada semnagat, tidak akan membuahkan kejayaan cemerlang. Belajar dengan tenang, tekun dan berterusan adalah rahsia ke arah kejayaan cemerlang dalam akademik, khususnya dalam peperiksaan penting yang akan dihadapi. Setiap orang perlu mempunyai semangat dan keyakinan yang kuat untuk mencipta kejayaan cemerlang.

Setiap pelajar mempunyai gaya dan cara tersendiri untuk belajar. Namun begitu, kadang-kadang apa-apa yang dipelajari cepat terlupa dan diingati. Rahsia semangat dalam pembelajaran akan membawa kepada kecemerlangan diri dan juga kecemerlangan akademik. Semangat belajar memerlukan kesabaran, ketabahan, kesungguhan berterusan dan juga ketepatan.

Berkaitan dengan semangat ketika belajar, apabila semangat anda menurun, cuba lakukan sesuatu perkara yang berbeza. Dalam hal ini, kita tidak dapat lari daripada kehilangan semangat, termasuklah ketika belajar. Semangat merupakan rangsangan terkuat dari hati dan akal bagi memacu potensi diri dalam pembelajaran. Beberapa petua dan rahsia belajar diberikan sebagai panduan untuk kejayaan.

1. Sebelum belajar pastikan perut tidak kosong.

2. Belajar pada waktu pagi dalam suasana sejuk dan nyaman.

3. Kemaskan tempat belajar.

4. Semarakkan semangat belajar.

5. Membakar semangat belajar.

6. Membuat catatan atau nota.

7. Membaca, menggaris dan menulis.

8. Membaca kuat dan penuh semangat.

9. Ilmu dan amal.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 5 2018)

Hantar Maklum Balas