AYUH MEMBENTUK MENTAL YANG KUAT!

Home » Jati Diri » Remaja Cemerlang » AYUH MEMBENTUK MENTAL YANG KUAT!

Oleh Azizi Ahmad

Di Amerika Syarikat, terdapat program ketenteraan yang dikenali sebagai “Beast”. Program merupakan satu proses pemilihan yang sangat ketat bagi mereka yang ingin memasuki Akademik Ketenteraan West Point, Amerika Syarikat. Terdapat laporan mengatakan bahawa satu daripada setiap lima pelajar akan berhenti menjalani latihan atau tidak dapat meneruskan program sehingga hari tamat latihan.

Program “Beast” melibatkan latihan lasak fizikal, mental dan sosial yang ekstrem dan berat yang dirancang untuk menguji ketekunan dan ketahanan para calon. Angela Duckworth, pakar psikologi dari University Pennsylvania telah menjalankan kajian dan berusaha untuk mengenal pasti ciri kadet yang manakah yang akan berjaya menamatkan program “Beast”. Beliau mendapati bahawa sesi temu duga dan ujian kecerdasan yang ketat dan sukar untuk memasuki Akademi Ketenteraan West Point bukanlah faktor penentu.

Angela kemudiannya¬† membangunkan ujiannya sendiri untuk menentukan kadet mana yang mempunyai kekuatan mental untuk berjaya memasuki program “Beast”. Dia menamatkan ujian beliau sebagai “Skala Grit”dan merupakan instrumen peramal kadet yang sangat tepat. Skala Grit mengukur kekuatan mental, yang merupakan gabungan unik semangat, kegigihan, dan stamina yang membolehkan anda mengekalkan matlamat sehingga menjadi kenyataan.

Dalam hal ini, untuk meningkatkan kekuatan mental, anda hanya perlu mengubah pandangan anda. Apabila dilanda keadaan yang sukar, mereka yang mempunyai kekuatan mental juga menderita seperti orang lain. Perbezaannya adalah mereka yang memiliki kekuatan mental yang tinggi memahami dan mengetahui bahawa detik-detik yang mencabar menawarkan pengalaman yang sangat berharga. Hasil daripada pengalaman inilah yang akan membina kekuatan yang anda perlukan untuk berjaya.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil.7 2018)

Hantar Maklum Balas