DRAF RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYA

Home » Jati Diri » Arkib Negara » DRAF RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYA

Oleh Nurzuliana Kamaruzaman, Arkib Negara Malaysia

Pembangunan negara yang dijayakan oleh kerajaan dari sebelum merdeka sehingga kini, telah menjadi inspirasi kepada rakyat untuk terus membina peradaban yang lebih cemerlang. British memerintah Tanah Melayu selama hamper 171 tahun. Kesan daripada dasar-dasar ekonomi, politik dan social yang dibentuk telah memisahkan kesepaduan rakyat mengikut kumpulan etnik masing-masing. Pemisahan yang amat ketaa dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, budaya dan penempatan rakyat telah mewujudkan jurang yang amat ketara serta mengganggu pembangunan negara.

Apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu sekitar tahun 1941 hingga tahun 1945, menjadikan negara lebih kucar-kacir dan tidak teratur. Pada tahun 1946, British kembali mentadbir Tanah Melayu. Bagi memulihkan keadaan, terutamanya dalam sektor ekonomi dan kemasyarakatan, British merancang pembangunan semula Tanah Melayu melalui Draf Rancangan Pembangunan Malaya (1951-1955) yang bertumpu kepada pembangunan ekonomi, pelajran, perburuhan, kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Ekonomi Pertanian dan Perlombongan

Draf Rancangan Pembangunan Malaya merupakan  rancangan jangka panjang yang memberikan keutamaan kepada beberapa sektor yang mampu meningkatkan ekonomi negara lantas mampu untuk membiayai rancangan ini. Perdagangan luar dan pertukaran mata wang asing diasaskan khusus kepada industri bijih timah dan getah. Sehubungan dengan itu, bagi mengawal kemerosotan harga bijih timah secara berterusan, kerajaan Tanah Melayu, Indonesia, Bolivia dan negara-negara lain pengeluar bijih timah telah menandatangani Perjanjian Timah Antarabangsa pada tahun 1953. Melalui perjanjian ini, pengeluaran, penggunaan dan harga bijih timah mampu untuk diseimbangkan.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 8 2018)

Hantar Maklum Balas