KUALA LUMPUR-IBU KOTA BUKU DUNIA: MENYEMARAKKAN BUDAYA MEMBACA

Home » Fokus » KUALA LUMPUR-IBU KOTA BUKU DUNIA: MENYEMARAKKAN BUDAYA MEMBACA

Oleh Abdul Ghani Abu

Membaca itu jambatan ilmu. Dengan membaca kita membuka jendela dunia pengetahuan. Ilmu pengetahuan ialah kuasa. Ilmu dan amal pula dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Demikian merupakan bait-bait untuk menggambarkan kekuatan dan kepentingan amalan membaca. Tanpa sedar, kita melalui dunia pembacaan sedari kecil hingga dewasa, kemudian berterusan hingga akhir hayat. Sasterawan Negara, Datuk seri A. Samad Said, pernah menulis dalam novelnya yang bertajuk Hujan Pagi, bahawa cinta tidak pernah ada usia. Begitulah bagi mereka yang jatuh cinta dengan membaca; tanpa mengira waktu, tempat dan jenis buku yang dibaca.

Baru-baru ini, Malaysia dipilih dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Penasihat Kota Buku Dunia yang dianggotai oleh Persatuan Penerbit Antarabangsa, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Perpustakaan dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020. Pengiktirafan ini menginjak inspirasi menyemarakkan dunia pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tema yang dibawakan oleh Kuala Lumpur bagi pembidaan kota buku ini, iaitu KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan, telah menarik perhatian jawatankuasa pemilihan. Dalam pembidaan tersebut, empat kriteria yang ditawarkan oleh Kuala Lumpur, iaitu membaca dalam semua bentuk, pembangunan infrastruktur industry buku dan akses digital, serta pembudayaan kanak-kanak melalui membaca.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 12 2018)

Hantar Maklum Balas