PEMBINAAN TAMADUN BANGSA MELALUI BUDAYA MEMBACA

Home » Fokus » PEMBINAAN TAMADUN BANGSA MELALUI BUDAYA MEMBACA

Oleh Muhammad Helmi Ibrahim

Sejarah menunjukkan kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar sejumlah buku yang dianggap sebagai ancaman kerana tidak berpuas hati dengan pengaruhnya yang semakin menular. Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol. Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku yang dibuang.

Sejarah juga telah mencatatkan bahawa beberapa negara yang maju seperti Amerika, Britain, dan Jepun memiliki rakyat yang rajin membaca. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, bahan bacaan sentiasa dibawa bersama-sama. apabila mempunyai ruang masa, mereka akan tetap membaca. Mereka sentiasa dahaga akan ilmu pengetahuan baharu dan tidak pernah puas dengan pengetahuan yang sedia ada. Oleh sebab itu, amat wajar apabila negara tersebut maju dalam segala bidang, jauh mengalahkan negara lain.

Islam juga meletakkan ilmu sebagai asas bagi pembangunan diri manusia. Kalimah iqra yang bermaksud “bacalah” itulah cetusan awal, wahyu pertama yang diterima dalam surah al-’Alaq yang diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah agar disuburkan budaya membaca dalam kalangan umatnya. Berdasarkan ayat tersebut, Imam Al-Qurtubi menyatakan bahawa wahyu yang pertama ini ialah perintah Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad dan umat manusia seluruhnya.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 12 2018)

Hantar Maklum Balas