INOVASI KREATIF MEMACU KEJAYAAN PENDIDIKAN KHAS

Home » Fokus » INOVASI KREATIF MEMACU KEJAYAAN PENDIDIKAN KHAS

Oleh Hayati Adilin Mohd Abd Majid, Nor Jawanees Ahmad Hanafiah, Sharifah Nurulhikmah syed Yasin, Noor Saadah Othman

Inovasi bukanlah suatu yang asing kepada rakyat Malaysia. Malah, kerajaan telah lama berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi. Pembudayaan inovasi dalam sektor awam, organisasi bukan kerajaan dan swasta telah lama diketengahkan bagi membina negara yang maju dna rakyat yang berdaya saing. Pembudayaan inovasi dalam sektor awam, organisasi bukan kerajaan dan swasta telah lama diketengahkan bagi membina negara yang maju dan rakyat yang berdaya saing. Pembudayaan inovasi ini mampu menjana peluang ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Bagi menyemarakkan budaya inovasi ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sambutan haari inovasi pada pelbagai peringkat. Aktiviti ini merangkumi pelbagai sektor seperti pertanian, perkhidmatan, perusahaan, pembuatan, perindustrian dan pendidikan bagi menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan masyarakat.

Satu cara yang berkesan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warganegara Malaysia adalah melalui penerapan dan penekanan inovasi dalam pendidikan. Kebanyakan negara maju sperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis, telah mengaplikasikan system pendidikan yang berupaya memupuk budaya inovasi pada peringkat sekolah lagi. Di negara kita penerapan budaya inovasi pada peringkat sekolah mula diberikan penekanan seiring dengan keperluan negara untuk mencapai negara maju dan menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang bakal mengubah cara kehidupan manusia.

Dewasa ini, pelbagai lakaran kejayaan para pelajar Malaysia dapat dilihat kerana menempa nama dalam pelbagai pertandingan inovasi pada peringkat antarabangsa. Sebagai contohnya, SMK Kuala Besut melalui pasukan KuBest Innovation Team, di bawah seliaan Projek Unit Inovasi SMK Kuala Besut, berjaya menjulang nama Malaysia di mata dunia dengan memenangi pingat emas dalam Pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nukleur anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. Pertandingan ini berlangsung di Geongju, Korea Selatan pada bulan Mei 2018. Pasukan ini telah menewaskan pasukan dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Hungary. Meskipun Malaysiabukanlah Negara pengeluar tenaga nukleur, tetapi dengan kreativiti dan inovasi yang luar biasa, mereka mampu bersaing dengan peserta Negara pengeluar nukleur yang hebat.

***

(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa Bil. 1 2019)

Hantar Maklum Balas