Berita siswa

Home » Libur dan Rekreasi » Sekitar Siswa » Berita siswa

150 Orang Pelajar Ikut Seminar Peperiksaan SPM

Bukit Mertajam – Sebanyak 150 orang pelajar sekolah menengah di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) mengikuti Seminar Peperiksaan SPM di Dewan Seminar Sekolah Menengah Agama Ahmadiah, baru-baru ini.

Anuar Ahmad
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

SAS Johan Liga Remaja Kreatif 2010

Putrajaya- Tuah ayam letak di kaki, tuah manusia, siapakah yang tahu? Begitulah perumpamaan yang boleh menggambarkan kejayaan sekumpulan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) yang dinobatkan johan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2010

Annuar Khisam Isa
SAS Putrajaya

Kuliah Kerja Nyata UTM di Indonesia

Skudai – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini menganjurkan Program Latihan Perkhidmatan Industri sebagai salah satu aktiviti khidmat pembelajaran pada peringkat antarabangsa. Sebanyak 19 orang mahasiswa UTM terpilih mengikuti program ini di dua lokasi, iaitu di Yogyakarta dan Padang, Indonesia. Program anjuran Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM dengan kerjasama Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Andalas (UNAND) ini memberikan pendedahan konsep pelaksanaan Kuliah Kerja Nyata (KKN). KKN merupakan program yang wajib diambil oleh mahasiswa UGM dan UNAND sebelum mereka menamatkan pengajian masing-masing.

Helmey Hashim
UTM Skudai, Johor Bahru, Johor

UUM IPTA pertama menyertai program belia mahir 1 Malaysia

Sintok – Sebanyak 70 orang pelajar Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi kumpulan pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini yang menyertai Program Belia Mahir 1Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Samsudin Oli Mohamed
UUM, SIntok, Kedah

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa November 2011.

Hantar Maklum Balas