Kesabaran Dugaan

Home » Nukilan Kreatif » Puisi Siswa » Kesabaran Dugaan

Di lantai usia ini

aku telah selongkar

segenap denyut minda

akal dan degup nafas

menghitung cabaran

dari jerit perih terjunam

mengheret kemurungan

tak tertanggung kesakitan

hingga keputusan

terserah…

-Masita Dahalan-

—Puisi ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa November 2015—

Hantar Maklum Balas